Yamaha NVX Recall
Pada 17 Ogos 2020 yang lalu, Hong Leong Yamaha Malaysia secara rasmi mengumumkan recall untuk skuter Yamaha NVX. Pihak Yamaha sendiri menjalankan program Replacement Front Stop Switch untuk Yamaha NVX dan aktiviti penggantian ini dilakukan di berapa buah negeri secara berperingkat.
Penggantian ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, malah turut berlaku di negara jiran seperti Indonesia. Tetapi tidak semua NVX yang terjejas, jadi sila ambil perhatian bahawa unit yang terjejas adalah yang tertera di bawah.
Frame Number Yamaha NVX Recall
PMYSG4820K0013011 ā PMYSG4820K0013016
PMYSG4820K0013101 ā PMYSG4820K0017980
PMYSG4820K0018021 ā PMYSG4820K0018100
PMYSG4820K0018141 ā PMYSG4820K0018220
PMYSG4820K0018301 ā PMYSG4820K0018380
PMYSG4820K0018541 ā PMYSG4820K0018580
PMYSG4820K0018661 ā PMYSG4820K0018740
PMYSG4820K0018781 ā PMYSG4820K0018820
Kepada pengguna-pengguna NVX dengan frame number yang tertera di atas, anda boleh buat penukaran Front Stop Switch di NS One Motor Yamaha Quality Service Center di Klang Utama atau di mana-mana Pusat Servis Yamaha yang berdekatan dengan anda.
Prosedur Pertukaran Barang Yamaha NVX Recall: Front Stop Switch
Sebelum anda buta-buta ke Pusat Servis Yamaha, anda perlu tahu prosedur sebelum dan selepas buat penukaran.
Sebelum ke Pusat Servis Yamaha
- Pastikan anda telah menerima surat recall dari pihak Yamaha.
- Anda perlu periksa semula sama ada frame number skuter NVX anda tersenarai atau tidak (periksa frame number yang tertera di atas).
- PERHATIAN: Hanya frame number yang tertera sahaja perlu buat penukaran. Yang tidak tertera tidak perlu ya.
- Sebaik sahaja anda sudah pastikan frame number skuter NVX anda, anda perlu mencari dan membuat temujanji di NS One Motor Yamaha Quality Service Center di Klang Utama atau anda juga boleh pilih lokasi Pusat Servis Yamaha yang berdekatan dengan anda.
- Anda boleh terus menghubungi Pusat Servis Yamaha tersebut melalui nombor telefon ataupun email yang tertera di portal Hong Leong Yamaha Motor.
- Dapatkan tarikh temujanji, person-in-charge dan pastikan anda datang pada tarikh yang sudah ditetapkan untuk buat penukaran.
Sewaktu ke Pusat Servis Yamaha
- Anda dikehendaki membawa Geran Motor bersama Surat Recall dari Yamaha.
- Untuk makluman anda penukaran Front Stop Switch untuk NVX ini adalah PERCUMA!
Selepas Membuat Penukaran Front Stop Switch
- Setelah selesai sahaja buat penukaran Front Stop Switch, anda akan diberikan free gift istimewa dari pihak Yamaha.
Pertukaran Sparepart Yamaha NVX Recall Hanya Di Pusat Servis Yamaha Rasmi
Kepada anda yang masih belum membuat penukaran Front Stop Switch NVX, anda perlu membawa skuter anda ke Pusat Servis Yamaha. Pastikan Pusat Servis Yamaha tersebut adalah Pusat Servis Yamaha yang rasmi. Untuk pastikan bengkel itu rasmi, logo Yamaha Quality Service akan ada di dinding bengkel itu.
Nak book temujanji untuk Yamaha NVX Recall?
NS One Motor Trading (Yamaha Quality Service)
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Tel: 012-6998277 (Syahmi ā Service Admin)
Google Map: nsoneyamaha ā Google Local