News

Harga Yamaha Y16ZR VVA (2021) dilancar mula RM10,888!?

Harga Yamaha Y16ZR VVA mula RM10,888

Harga Yamaha Y16ZR VVA (2021) sudah pun disebarkan sebaik sahaja supermoped serba baharu ini dilancarkan di Malaysia pada 18 Mac 2021 yang lalu. Sebelum kehadirannya lagi sudah tular pelbagai imej dan video review dari pasaran Vietnam. Jadi tidak hairanlah kenapa Waisuku digelar sebagai ‘motor panas’. Walaupun waktu itu Waisuku belum masuk ke pasaran Malaysia lagi, tapi sudah ramai peminatnya bertanyakan untuk buat pre-book.

Seperti yang dijanjikan oleh Hong Leong Yamaha Malaysia Sdn Bhd (HLYM), dengan bertemakan ‘Prestasi Terunggul’ model terbaru ini sememangnya mendapat pembaharuan menyeluruh termasuk pada bahagian panel badan, enjin, transmisi serta kelengkapan lain. Dan ini membuatkan peminat-peminat Waisuku lebih teruja akan penampilan dan kuasa barunya.

Ramai juga menjangkakan bahawa Yamaha Y16ZR VVA akan termasuk dalam senarai kapcai yang akan ‘laku keras’ di pasaran Malaysia bagi tahun 2021. Tapi persoalannya, adakah anda rasa harganya munasabah untuk sebuah kapcai 155cc?

Harga Yamaha Y16ZR VVA (2021) logik ke?

Harga Yamaha Y16ZR VVA (2021) ini mungkin agak tinggi jika nak dibandingkan dengan model pesaingnya. Namun, dengan beberapa ciri canggih yang ada padanya membuatkan ianya kapcai yang berbaloi untu dimiliki. Kewujudan ciri canggih pada model kali ini sememangnya menonjolkan perbezaan terbarunya dari pesaing lain (seperti: Honda RS150R, dan juga Benelli RFS150i). Jadi wajarlah harganya tinggi di pasaran.

Harga-Yamaha-Y16ZR-VVA

Dengan ciri-ciri dan konsep berlainan yang didatangi pada model Y16ZR VVA kali ini, akan lebih mempengaruhi anda untuk terus buat tempahan.

Apa yang menarik tentang Yamaha Y16ZR VVA (2021)?

Trenkuasa yang lebih berkuasa

Model baharu Waisuku ini dipasangkan trenkuasa 155cc VVA yang menghasilkan kuasa 17.7hp dan tork maksimum 14.4Nm dengan kotak gear manual 6-kelajuan. Output tersebut 17 peratus lebih tinggi berbanding Y15ZR. Ini juga model kapcai pertama menggunakan teknologi VVA yang banyak digunakan model skuter dan sportbike.

Y16ZR VVA
Teknologi VVA

Selain itu, teknologi lapisan karbon disematkan pada slider VVA seperti model superbike YZF-R1. Sistem suntikan bahan api didatangkan dengan 10 injektor, lebih banyak berbanding enjin 150cc. Sudut suntikan bahan api ditingkatkan kepada 18° bagi meningkatkan kecekapan pembakaran.

Y16ZR 6 kelajuan
Kotak gear 6 kelajuan

Ia juga didatangkan dengan ciri klac anti-gelincir Assist & Slipper (A&S) yang tiada pada pesaing setakat ini.

Y16ZR Assist Slipper Clutch
Klac anti-gelincir Assist & Slipper

Brek cakera depan kini lebih besar, bersaiz 245mm dengan kaliper brek 2-piston yang mampu memberikan ekstra cengkaman dan kestabilan ketika membrek. Model ini tidak didatangkan dengan Sistem Brek Anti Kunci (ABS) kerana menurut HLYM, mereka ingin menawarkan pengalaman ride yang sporty buat pemilik.

Y16ZR-brek-cakera-depan
brek cakera dengan kaliper 2-piston

Menggunakan casis jenis kolar diperkuat baharu bentuk Y dan cagak (mount) enjin setebal 4.5mm untuk memberikan feel tunggangan lebih optimum dan lebih kawalan ketika membelok walaupun pada halaju tinggi.

Y16ZR casis
Casis baharu yang ringan

Berbanding Y15ZR dengan kapasiti tangki 4.2 liter, Y16ZR (2021) menawarkan tangki lebih besar, 5.4 liter, iaitu ekstra 1.2 liter, sekali gus memberikan jarak perjalanan lebih jauh untuk isian penuh, iaitu 265km.

Y16ZR-tangki-minyak-1
5.4L tangki minyak

Tuil klac model baharu ini juga diubah 10mm lebih pendek berbanding Y15ZR yang memudahkan penunggang menukar gear dengan lebih pantas dan selesa.

Y16ZR Penarik Tuil Klac
Tuil klac lebih pendek

Reka bentuk yang lebih moden dan futuristik

Y16ZR VVA memiliki rekaan dan garisan badan seperti YZR-R1. Bahagian badan direka semula bagi meningkatkan aerodinamik dan bahagian tengah diubah sedikit ke depan bagi meningkatkan kestabilan sewaktu ride.

Y16ZR 1
Y16ZR sisi depan

Penampilan badan Y155VVA sememangnya berubah kepada lebih sporty. Lampu siang (DRL) berbentuk X di depan memberikan aura garang dan bahagian belakang direka sepenuhnya menerusi struktur dua tingkat.

Y16ZR lampu depan 1
Lampu depan
Y16ZR Lampu belakang 1
Lampu belakang

Ciri yang lebih canggih

Pergi kepada bahagian meter, Y16ZR VVA menggunakan unit digital LCD baru yang dapat memaparkan multi-info seperti spidometer, takometer, odometer, indikator gear, VVA dan lain-lain. Meter digital ini juga lebih jelas kerana menggunakan latar gelap yang kontras.

Y16ZR LCD meter
Meter LCD

Pada bahagian butang kawalan di pemegang, selain fungsi biasa, rider juga disediakan dengan butang kill switch serta lampu memotong (pass light). Ciri ini asalnya cuma ada pada motosikal besar seperti sportbike, tetapi kini  sudah ada pada Y16ZR. Fungsinya, penunggang boleh terus mematikan enjin semudah mengetik kill switch.

Y16ZR kill switch
kill switch

Ini pembaharuan terkini yang tiada pada model lama, iaitu sistem keyless. Penunggang hanya perlu memutarkan butang pada slot kunci tanpa perlu memasukkan kunci fizikal. Sistem kunci pintar ini juga ada ciri ‘panggil balik’ (answer back) untuk mengesan lokasi motosikal, terutama di kawasan parkir luas, termasuk dilengkapkan ciri imobiliser untuk mengelakkan kecurian.

Y16ZR keyless
Sistem keyless

Soket pengecas 12V kini dah siap tersedia di bawah hendal kiri untuk memudahkan rider mengecas smartphone mereka. Ciri ini antara yang dinantikan oleh rider terutama buat mereka yang bekerja seperti FoodPanda dan GrabFood rider yang lebih menggunakan akses sistem navigasi, dan aplikasi mobil.

Y16ZR Soket pengecas
Soket pengecas 12V

Tunggangan lebih sporty

Seat Y16ZR VVA juga diubah untuk kelihatan lebih nipis dan sporty. Tandem masih sama seperti Y15ZR dan kesan seat dual itu mirip dengan motor sport fairing penuh. Seperti mana yang boleh kita lihat bahagian sisi Y16ZR VVA berlekuk berbanding garis badan samping Y15ZR.

Walaupun seat kali ini lebih tipis berbanding model terdahulu, tetapi ianya masih selesa dengan bentuk ergonomik mengikut postur punggung penunggang.

Y16ZR seat
Seat lebih sporty

Pilihan warna yang lebih mengancam dan trendy

Yamaha Y16ZR VVA ditawarkan dengan tiga pilihan warna yang mengancam iaitu Phatom Grey (kelabu perak), Arrow Blue (biru) dan Racing Yellow (kuning) berbanding empat pilihan warna pada Y15ZR sebelum ini.

Y16ZR pilihan warna

Selain itu, kemasan grafik pada badan juga berbeza. Model baharu Y16ZR VVA tidak didatangkan dengan grafik bercorak seperti mana Y15ZR.

Kesimpulannya

Bagaimana penerimaan rakyat Malaysia pada harga ditawarkan? Adakah berbaloi untuk anda milikinya?

Secara peribadinya, kami jangka Waisuku VVA ini akan menerima permintaan yang tinggi berdasarkan statusnya sebagai supermoped yang lebih berkuasa dan futuristik terutama dari segi rekabentuk.

Nak join kroni Waisuku VVA?

NS One Motor Trading
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Google Map: nsoneyamaha — Google Local

Tel: 016-6598388 (Iron – Salesman)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *