Harga Honda ADV150 2021 dah pun disebarkan sebaik sahaja skuter adventur ini dilancarkan di Malaysia pada 5 Februari 2021 yang lalu. Kehadiran pesaing kepada Yamaha NVX 155 dan Yamaha Nmax 155 itu amat menggembirakan peminat motor di Malaysia yang sudah sekian lama menantinya.
Honda sememangnya bijak mengambil peluang dengan memperkenalkan skuter ADV 150 (yang sebenarnya dibina menerusi platform sedia ada iaitu Honda PCX/Vario) di pasaran Asia. Ini kerana skuter berkapasiti kecil dan berbentuk sporty mendapat permintaan yang lebih tinggi di pasaran Asia.
Honda ADV 150 2021 ini juga dijangka akan menjadi skuter terlaris di Malaysia pada tahun 2021. Tapi anda rasa harganya akan jadi munasabah ke bagi sebuah skuter dengan konsep yang berbeza?
Harga Honda ADV150 2021 berbaloi ke?
Harga Honda ADV150 untuk pasaran Malaysia, tidak banyak jauh beza jika dibandingkan dengan model pesaingnya. Ditawarkan dengan harga RM 11,999 akan menjadikan ianya antara skuter adventur yang menjadi dambaan dan pilihan penunggang motor di Malaysia.
Dengan ciri-ciri dan konsep berlainan yang didatangi pada model ini, akan lebih mempengaruhi anda untuk terus buat tempahan.
Apa yang menarik tentang Honda ADV150 ?
Skuter Automatik Adventur 150cc yang pertama di dunia
Dijana enjin eSP 149.3cc SOHC penyejukan cecair dengan teknologi suntikan bahan api PGM-FI berkuasa 14.5hp @ 8,500rpm dan tork 13.8Nm @ 6,500rpm dengan transmisi V-Matic.
Honda ADV 150 2021 dijangka bakal menjadi pesaing NVX dan NMAX. Ini kerana ia didatangkan dengan karekter serupa, sebuah enjin satu selinder yang dipacu talisawat transmisi CVT.
Ciri dan aspek keselamatan dipertingkatkan
Sistem henti menggunakan brek cakera depan dan belakang serta dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber Showa dengan subtangki kembar di belakang.
Aspek keselamatan dipertingkat dengan Signal Henti Kecemasan (ESS) yang berfungsi mengaktifkan kedua-dua lampu signal kecemasan apabila membrek keras. Sistem kunci kawalan jauh pula mengesan lokasi parkir, termasuk menghalang insiden kecurian.
Reka bentuk dan lebih moden dan futuristik
Rekabentuknya memang sangat berbeza dengan varian skuter lain yang ada di pasaran. Ia lebih moden dan futuristik dan amat jelas lebih fokus kepada karya seni berbanding pandangan rekabentuk kejuruteraan motosikal.
Bahagian hadapannya dipadankan dengan lampu utama jenis LED dengan lekukan badan yang agresif.
Menampilkan ciri skuter moden seperti teknologi LED penuh pada lampu utama, lampu siang (DRL), signal belok dan lampu belakang.
Visor angin boleh laras 2-tetapan mengikut kesesuaian tunggangan, manakala maklumat tunggangan dipaparkan pada kluster instrumen LCD penuh.
Tunggangan lebih selesa untuk jarak jauh
Posisi tunggangan lebih menegak dan selesa, manakala bar hendal sedikit lebar untuk memudahkan pengendalian. Bahagian pemijak kakinya juga cukup luas dan selesa untuk ditunggang jarak jauh.
Dibina berasaskan frem double-cradle dengan tinggi pelana 795mm, dan berat kering 133kg. Seat belakang yang direka tinggi memberikan ekstra keselesaan buat pembonceng.
Honda ADV150 ini merupakan skuter 150cc pertama yang ada ciri-ciri adjustable windscreen. Ia mempunyai fungsi dimana cermin depan boleh dilaras pada dua posisi. Fungsi ini selalunya hanya ada pada skuter atau motosikal adventur yang lebih besar. Fungsi ini amat praktikal bagi memberikan perspektif pada rider yang suka ikut touring atau menunggang perjalanan jarak jauh. Posisi rendah membantu memberikan sudut pandangan lebih baik manakala tinggi pula memberikan perlindungan terhadap angin.
Didatangi dengan pilihan warna menarik
Honda ADV 150 ditawarkan dengan pilihan warna yang sangat menarik. Antara pilihan warna model ni ialah Vivacity Red (merah) dan Mat Charcoal Gray Metallic (kelabu).
Kesimpulannya
Bagaimanakah penerimaan rakyat Malaysia pada harga ditawarkan? Adakah berbaloi untuk anda milikinya?
Secara peribadi, kami jangka skuter adventur ini akan menerima permintaan ramai berdasarkan status ADV150 sebagai skuter yang lain daripada lain, terutama dari segi rekabentuk.
Nak book Honda ADV150 2021 dengan kami ?
NS One Motor Trading
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Google Map: nsoneyamaha ā Google Local
Tel: 016-6598388 (Iron ā Salesman)