Kebanyakkan owner motor Yamaha masih keliru bagaimana cara claim warranty Yamaha. Hari ini admin akan bagi sedikit pencerahan kepada yang bertanya. Untuk pengetahuan semua, kini waranti Yamaha sekarang dilanjutkan kepada 2 tahun atau 20,000km yang mana dahulu. Baca artikel ini untuk tahu cara dengan teliti untuk claim warranty Yamaha dengan senang.
Syarat Waranti
Sebelum nak claim warranti, anda perlulah kenalpasti kalau motor anda masih dalam skop jaminan warranti ke tidak.
- Hanya motosikal yang didaftarkan pada 1hb Julai 2019 dan berikutnya berhak menerima jaminan untuk 2 tahun atau 20,000km.
- Semua model motor Yamaha akan diberikan lindungan waranti selama 2 tahun atau 20,000km yang mana dahulu dari tarikh pendaftaran.
- Bateri dan tayar diberi jaminan untuk tempoh 5,000KM atau 6 bulan yang mana terdahulu dari tarikh pembelian. Cover dan sebarang kerosakan kosmetik pula untuk tempoh 500km sahaja dari tarikh pembelian.
- Motosikal perlu diservis mengikut jadual yang ditetapkan dan dilakukan di pengedar sah Yamaha sahaja seperti kedai Yamaha Quality Servis kami.
- Hanya sebarang kerja servis dan penyelenggaraan perlu menggunakan alat ganti tulen dan minyak pelincir YAMALUBE dalam tempoh jaminan.
- Motosikal masih dalam keadaan standard (tanpa sebarang modifikasi).
- Warranti claim perlu dilampirkan dengan bukti penyelengaraan di Pengedar sah Yamaha besama resit/ invois cukai yang asal semasa membuat tuntutan jaminan.
Untuk pelanggan Yamaha Quality Servis, segala rekod telah dikemaskini secara automatik untuk memudahkan proses claim. Pelanggan tidak perlu risau jika claim tidak dapat dibuat disebabkan tak cukup bukti/dokumen. Rekod servis turut dikemaskini dalam buku Jaminan & Kupon Servis anda.
Anda boleh muat turun pdf Extended Warranty BM untuk detail selanjutnya berkenaan skop, polisi dan limitasi jaminan waranti Yamaha. Bagi soalan dan janji temu untuk membuat warranti claim, anda boleh terus melayari laman kami di https://www.nsonemotors.com/yamaha-warranty-claim/
Cara Claim Warranty Yamaha
Advance Claim
Cara advance claim ialah cara terbaik untuk membuat waranti claim anda. Ini kerana proses dia mudah dan cepat.
Step 1
Datang ke kedai Yamaha Quality Service kami dengan membawa motor serta geran copy/original anda.
NS One Motor Trading (Yamaha Quality Service)
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Tel: 012-6998277 (Syahmi – Service Admin)
Google Map: nsoneyamaha ā Google Local
Step 2
Mechanic kami akan memeriksa motor anda untuk mengenalpasti sparepart yang bermasalah.
Step 3
Servis admin kami akan merekodkan bukti/dokumen dan melampirkan gambar bersama borang waranti claim. Kami akan terus menghantar claim form kepada pihak Hong Leong Yamaha untuk proseskan claim anda.
Step 4
Apabila claim anda telah lulus dan part yang bermasalah dihantar ke kedai kami. Kami akan menhubungi anda untuk datang balik ke kedai untuk membaiki part yang bermasalah. Sparepart yang bermasalah akan dipulangkan semula kepada kilang Hong Leong Yamaha.
Proses claim ini cukup senang dan biasanya lebih cepat daripada owner pergi ke kilang Hong Leong Yamaha di Sungai Buloh.
Direct ke Kilang
Cara ini memerlukan owner untuk membawa motor ke kilang Yamaha di Sungai Buloh sendiri.
Hong Leong Yamaha Sdn Bhd
3, Kompleks Hong Leong Yamaha, Lot 57, Persiaran Bukit Rahman Putra 1, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Tel: +60361577011
Google Map: https://goo.gl/maps/82xsJywSvPn665Jo6
Biasanya memerlukan owner untuk membawa geran dan buku Jaminan & Kupon Servis sendiri ke workshop.
Workshop akan tolong periksa motor anda. Jika terlalu banyak motor pending di sana. Mereka akan memerlukan owner untuk meletak motor mereka di kilang untuk beberapa hari. Ada juga yang letak motor mereka sehingga sebulan.
Tips #1: Standby member untuk turut pergi bersama untuk scenario di atas. Supaya tidak perlu Grab pulang.
Tips #2: Owner berhak menghubungi workshop untuk bertanya status motor mereka. Pihak workshop biasanya akan cepatkan kerja jika owner yang call/follow up dengan mereka.
Tips #3: Untuk pelanggan NS One Motor, kami boleh tolong menghantar motor anda ke kilang. Anda tidak perlu bersusah-payah ambil motor ke Sungai Buloh.
Kesimpulan
Cara advance claim dekat kedai jauh lebih simple dan cepat daripada claim dekat kilang. Walau bagaimanapun, bagi masalah enjin atau isu lebih rumit yang memerlukan workshop kilang Yamaha , mekanik masih akan mengambil keputusan untuk hantar motor anda ke kilang.
Jika motor baru anda yang masih dalam jaminan waranti mempunyai sebarang masalah, anda boleh terus ke workshop Yamaha Quality Service kami di Klang.
NS One Motor Trading (Yamaha Quality Service)
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Tel: 012-6998277 (Syahmi – Service Admin)
Google Map: nsoneyamaha ā Google Local
Boleh saya bertanya, kalau tukar accessories mcm side mirror, balancer, dan paling penting absorber…kalau tukar absorber warranti akan terbatalkah??
Boleh saya tnya bang? Motor sya bru keluar kedai dlm seminggu lpstu excident elak lembu… Report polis semua buat dh… Apa perlu saya buat bos claim warranty yamaha atau claim insurans?