Recommendations

8 Motor untuk perempuan, murah dan ringan

Motor untuk Perempuan

Apa motor untuk perempuan yang sesuai?

Motor kini dianggap antara satu mode pengangkutan yang paling cekap, tidak kira sama ada anda berada di bandar mahupun desa. Motor bukan sahaja menjadi pilihan para lelaki, malah terdapat juga segelintir wanita memilih motor sebagai pengangkutan harian mereka. Terdapat beberapa model motor yang diciptakan khusus buat pengguna wanita, malah ada juga motor yang bersesuai dengan cita rasa wanita.

Skuter: Motor untuk perempuan?

Majoriti wanita di Malaysia lebih menyukai dan memilih model skuter automatik. Ini kerana model skuter automatik lebih mudah dikendali terumatanya buat penunggang yang kurang mahir, lebih mudah sebab tak perlu nak masuk gear hanya perlu pulas, imbang dan terus jalan.

Skuter juga sangat praktikal dalam penggunaannya kerana kebanyakkan skuter akan didatangkan dengan ruang simpanan bawah seat yang luas. Skuter juga amat sesuai dan selesa ditunggang buat perempuan yang memakai kain/ skirt/ jubah, jadi tidak ada lah masalah terselak-selak kain semasa menunggang motor.

Antara Skuter untuk perempuan?

1. Yamaha Ego Solariz
Yamaha Ego Solariz 2020 Cyan 1

Kelebihan Ego Solariz: Skuter kecil dan ringan, rekabentuk sporty dan agresif, penjimatan petrol (teknologi Blue Core), memudahkan anda menempuh kesesakan di jalan raya dan masih boleh kekal stabil ketika memecut di lebuh raya. kapasiti tangki minyak yang besar sebanyak 4.2 L.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

2. Yamaha Ego Avantiz
2019 Yamah Ego Avantiz Grey

Kelebihan Ego Avantiz: Skuter yang sangat praktikal, rekabentuk sporty dan 2 kg berat daripada Ego Solariz, penjimatan petrol (teknologi Blue Core), lampu utama Avantiz jenis LED, ruang simpanan bawah seat 14 liter, kapasiti tangki minyak yang besar sebanyak 4.2 L.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

3. Honda BeAT
2020 Honda Beat Red

Kelebihan BeAT: Skuter trendy dengan rekabentuk sporty, sangat praktikal, tuas kunci brek, dan brek kombi serta indikator ECO, penjimatan petrol, kapasiti tangki minyak yang besar sebanyak 4L.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

4. Honda Vario 150
2020 Honda Vario 150 Black

Kelebihan Vario 150: Skuter yang lengkap dengan ciri keselamatan canggih, mudah untuk dikendali, ergonomik menunggang selesa dan spesifikasi enjin tinggi, dwi-lampu utama LED dan lampu belakang LED, panel meter LCD digital, sistem kunci pintar Honda SMART Key, sistem brek kombi (CBS), ruang simpanan 18 liter bawah seat dan dua rak dalaman.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

5. Benelli VZ125i
benelli vz125i matte black se

Kelebihan Benelli VZ125i: Skuter rekabentuk sporty dan bergaya urban, mudah untuk dikendali, panel instrumen paparan LCD, lampu depan dan lampu signal LED dengan fungsi lampu kecemasan hazard light, sangat praktikal, didatangi dengan cangkuk helmet bawah seat, pengecas USB dan cangkuk gantung depan.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

6. Yamaha NVX 155
Yamaha NVX Red 2020

Ada juga segelintir wanita yang mahukan Y15ZR tapi dalam transmisi automatik, NVX 155 ialah jawapannya.

Kelebihan NVX 155: Skuter bermodel premium dan berteknologi tinggi, mempunyai ruang barang 25 liter di bawah seat, lampu hadapan dan belakang jenis LED, Sistem brek dengan ABS (hadapan), Panel digital LCD 5.8 inci dengan tolok VVA, Smart key dengan fungsi panic (berguna bila lupa di mana motosikal diparkir), Sistem Start/Stop.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

Kapcai: Motor untuk perempuan?

Selain Skuter, pemilihan kapcai juga amat popular dalam kalangan pengguna wanita. Ini kerana rata-rata mereka yang memilih kapcai adalah yang mementingkan bajet dan pengendaliannya. Dengan bersaiz agak kecil dan ringan, kapcai membuatkan ianya sangat sesuai ditunggang oleh kaum wanita dan memudahkan pengendalian jarak dekat terutamanya di kawasan bandar.

Antara Kapcai untuk perempuan?

7. Yamaha LC135

 

Yamaha 135LC 2019

Kelebihan LC135: Kapcai bawah 150cc, rekabentuk yang sporty, penjimatan petrol, mengekalkan enjin 135cc empat lejang SOHC dan klac auto dan gear empat kelajuan.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

8. Yamaha Lagenda 115Z
Yamaha Lagenda 2020 Grey

Kelebihan Lagenda: Kapcai bawah 150cc, rekabentuk yang sporty, mudah dikendali dan ringgan, pemantul cahaya dan lampu yang lebih terang, penjimatan petrol, tangki minyak berkapasiti 4.1 L.

Untuk pembelian sila Whatsapp Salesman kami:

Kesimpulan

Kepada perempuan di luar sana, anda dinasihatkan untuk memilih motosikal yang bersesuaian dan kena dengan cita rasa anda.

Nak beli motor dengan kami ?

ns one yqs shop front

NS One Motor Trading (Yamaha Quality Service)
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Tel: 016-6598388 (Iron – Salesman)
Google Map: nsoneyamaha — Google Local

Leave a Reply

Your email address will not be published.