Service & Warranty

7 Sebab kenapa servis motor di pusat servis Yamaha

pusat servis yamaha quality service klang

Bengkel Motor Umum vs Pusat Servis Yamaha?

Bengkel umum adalah bengkel biasa yang dibuka secara perseorangan tanpa afiliasi dengan pihak Yamaha. Sedangkan Yamaha Quality Service Center adalah bengkel rasmi Yamaha. Yang sememangnya pakar menangani motor-motor Yamaha.

Kepada pengguna motor Yamaha, anda digalakkan untuk membuat servis berkala di bengkel rasmi Yamaha berbanding di bengkel biasa. Ini kerana servis di bengkel rasmi Yamaha banyak kelebihan berbanding di bengkel biasa.

Kenapa bengkel umum tidak disarankan?

Bengkel umum memang sangat mudah ditemukan, dimana-mana Kawasan termasuk Kawasan pendalaman pun senang nak jumpa. Bengkel umum ini tidak hanya selenggara satu jenama motor sahaja, bah kan pelbagai jenis dan jenama motor turut mereka terima. Jadi berkemungkinan servis dan penyelenggaraan yang dibuat tidak bagus, malah mekanik mereka juga belum tentu terlatih.

Selain itu, sparepart motor yang digunakan belum  tentu original dan mengikut standard yang dikeluarkan boleh pengilang asli Yamaha. Malah peralatan diagnostik yang digunakan juga belum pasti lengkap dan canggih. Jadi sebab ini kos servis dan penyelenggaraan di bengkel umum lebih murah berbanding bengkel rasmi Yamaha.

Kenapa anda perlu Servis di Pusat Servis Yamaha?

DSC01862.jpg
Proses pemeriksaan A ke Z di bengkel motor Yamaha

1. Pemeriksaan yang lebih lengkap dan teliti

  • Servis biasa di bengkel umum, kebanyakan foreman hanya tukar minyak hitam sahaja.
  • Di bengkel rasmi kami akan melakukan proses dari A hingga Z dan diikuti pemeriksaan yang lebih terperinci.
  • Pemeriksaan lebih 16 perkara termasuk coolant, lampu, bateri, tayar dan brek mengikut checklist mengikut standard pihak pengilang.
cara claim warranti yamaha.jpg
Jaminan 2 tahun atau 20,000km

2. Perlindungan Jaminan

  • Prosedur servis mengikut jadual yang ditetapkan bagi memastikan motor anda dilindungi jaminan dari pengilang.
  • Masalah teknikal dan claim akan terus dibuat dan diuruskan oleh pihak pengilang bagi memastikan proses mudah dan cepat.
  • Rekod servis akan disimpan dan pelanggan diberikan peringatan apabila mileage atau tarikh servis seterusnya sudah tiba. Ini adalah untuk memastikan motor anda tepat servis pada jadualnya.
yamaha service center klang yqs 1.jpg
Mekanik terlatih dan berpengalaman

3. Mekanik Terlatih

  • Kebanyakkan motosikal terkini menggunakan teknologi yang semakin kompleks dan mencabar.
  • Hanya mekanik terlatih dan diiktirafkan oleh pihak pengilang sahaja dibenarkan bekerja di bengkel kami.
  • Mekanik sentiasa diberikan latihan di Motorcycle Education & Training Academy (META) Programme untuk menambahkan ilmu mereka supaya dapat memberikan servis yang terbaik buat pelanggan kami.

4. Peralatan yang lengkap dan Mesin yang Canggih

  • Peralatan diagnostik yang canggih dan berkos tinggi.
  • Peralatan diagnostik ini dijaga rapi dan kami turut memastikan ianya ada pautan komputer dengan pakar servis kilang.
  • Peralatan moden seperti tyre changer dan auto-lift digunakan bagi memastikan motor anda diservis dengan elok dengan rapi.

5. Sparepart Original

  • Hanya sparepart original sahaja digunakan untuk menyelenggara dan membaiki motor baharu.
  • Ini bagi memastikan jaminan anda sah dan terlindung pada tempoh jaminan yang ditentukan iaitu 2 tahun atau 20,000 km.

6. Ruang menunggu yang selesa.

  • Setiap bengkel rasmi Yamaha akan menyediakan ruang menunggu yang selesa untuk pelanggan yang menghantar motor untuk diservis.
  • Selain ketersediaan ruang tunggu, anda juga akan disediakan minuman-minuman yang dapat dinikmati serta kemudahan “free wifi” sementara menunggu servis motor selesai.

7. Layanan pekerja yang ramah dan terbaik

  • Pekerja dilatih untuk sentiasa memberikan layanan yang ramah dan terbaik untuk pelanggan.
  • Pekerja turut di latih untuk membantu dan menanyakan masalah motor yang dialami oleh pelanggan.
  • Sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Dengan ini, anda disarankan untuk menghantar motosikal anda ke Pusat Servis Yamaha yang berdekatan dengan kawasan anda. Ini kerana, jika anda mengalami sebarang masalah ketika atau selepas servis, anda boleh terus report dan komplain ke bengkel tersebut. Sebab itu, bengkel rasmi Yamaha ada prosedur yang ketat bagi memastikan pelanggan sentiasa berpuas hati dengan servis yang diberikan.

Ya, memang kos servis atau penyelenggaraan di Yamaha Service Center sedikit tinggi berbanding bengkel biasa diluar sana, tapi untuk dapatkan kualiti dan jaminan yang terbaik dari pihak Yamaha sendiri, lebih baik bukan?

Nak book servis untuk motosikal Yamaha anda?

NS One Motor Trading (Yamaha Quality Service)
17, Jalan Sungai Puloh 5, Off Jalan Haji Sirat, Batu 4,
42100 Klang, Selangor.
Tel: 012-6998277 (Syahmi – Service Admin)
Google Map: nsoneyamaha — Google Local

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published.