Motor Tips

5 Tips Berkesan Untuk Elakkan Motor Anda Dicuri

obi onyeador wjmDIOf7Tps unsplash 1 e1598515993809

KINI jumlah kes kecurian motosikal semakin meningkat dari tahun ke tahun. Sebut sahaja mana-mana negeri di dalam Malaysia ini mesti ada beratus-ratus kes kecurian motosikal dilaporkan. Kebiasaannya jenis motosikal yang menjadi perhatian para pencuri dan selalu kena curi adalah motosikal jenis model honda EX5, Yamaha LC, 125ZR dan kini terbaru Y15.
Motor jenis ini memang pantang ada depan mata memang selalu kena ā€˜aim’ si pencuri.

Jadi apa tindakan yang patut kita ambil untuk mengelakkan gejala curi motosikal ini tidak semakin berleluasa dan sekiranya motosikal kita dicuri apa yang patut kita buat.

Ada banyak cara yang boleh digunakan untuk mengelakkan atau sekurang-kurang menyusahkan pencuri untuk mencuri motor anda.

1.PILIH KAWASAN PARKIR YANG SESUAI

Tidak dinafikan untuk memilih kawasan parkir terutamanya di kawasan bandar seperti Kuala Lumpur bukanlah perkara yang mudah. Silap parkir memang kena ā€˜angkut’ dengan dewan Bandaraya. Tetapi jika ada pilihan, pilih tempat parkir yang selalu ada orang lalu lalang dan terang. Contohnya di depan restoran, ataupun di kawasan kaki lima lot kedai yang sibuk dan ramai orang.

Kita kena ingat yang motosikal ini bukannya benda kecil yang kita boleh sembunyikan di tempat-tempat sulit. Selain daripada itu kita juga kena ingat yang pencuri biasanya sukakan privasi. Mereka biasanya tidak bertindak di tempat-tempat awam.

2. KUNCI BREK HADAPAN (DISC LOCK)

best alarmed disc lock
Photo from Bikerrated.com

Amalkan kunci motosikal anda dengan sempurna. Maksud kunci di sini adalah kunci dengan sempurna yang bukan tertumpu kepada ā€˜handle lock’ sahaja. Kunci mestilah termasuk tempat-tempat lain seperti disc break yang boleh dikunci samada dengan mangga atau kunci keselamatan yang lain.

Kunci pada brek disc hadapan boleh dikatakan sangat efektif untuk menghalang motosikal anda digerakkan khususnya jika motosikal anda menggunakan brek cakera di hadapan. Ianya merupakan suatu langkah pencegahan visual kerana mampu dilihat sebaik sahaja sesiapa mendekati motosikal anda. Kebanyakan pengunci cakera brek kini didatangkan dengan warna-warna yang terang sebagai langkah amaran kepada pencuri.

Ada juga pengunci yang dilengkapi sensor pergerakan untuk menakutkan pencuri dan mengingatkan anda sendiri jika anda belum membuka pengunci sebelum mula bergerak.

3. GUNAKAN RANTAI ATAU KABEL

VRBTTKOPJ5X7RGFDMOFPP4V5CE
Photo by Brian Hatano from Motorcyclist

Motosikal yang dikunci dengan menggunakan kunci brek hadapan masih boleh dilarikan jika jumlah pencuri tiga ataupun empat orang. Mereka masih boleh mengangkat motosikal anda ke dalam lori ataupun van dengan mudah tanpa ada perasaan serba salah.

Anda boleh mencuba merantai motosikal anda menggunakan rantai dengan objek-objek kekal seperti tiang lampu jalan ataupun ikatkan sekali dengan motosikal rakan-rakan anda.

Selain rantai besi, kabel aloi juga boleh digunakan kerana ia lebih ringan dan kukuh. Untuk memotongnya pula perlu menggunakan alat kimpalan logam yang semestinya bukan senang untuk di bawa kehulu kehilir.

4. PASANG SISTEM PENGGERA

Kita selalu dengar sistem penggera atau alarm ini selalu di pasang pada kereta tetapi sebenarnya motosikal juga terdapat sistem penggera khas yang boleh dipasang di motosikal.

Bila pencuri mahu mencuri motosikal kita sekurang-kurangnya ada alat untuk memberitahu bahawa motosikal kita telah diceroboh.
Ada juga sistem penggera yang dilengkapi dengan pengesan pergerakan untuk memastikan tidak ada sesiapa mengganggu motosikal anda.
Tetapi ia ada kekurangannya, biasa pencuri yang mahir akan dengan sengaja mengusik motosikal anda sehingga ianya mengeluarkan siren amaran.

Mereka akan memerhatikan jika pemilik datang melihat motosikal atau mematikan alarm yang sedang berbunyi. Proses ini akan diulang beberapa kali sehingga mereka pasti pemilik tidak berada berdekatan.

Akhir sekali pencuri akan bertindak atau terus mengangkut motosikal anda dan membawa lari.

5. PASANG ‘GPS TRACKER’

Pemasangan GPS tracker membolehkan anda untuk mengesan pergerakan motosikal anda secara live terus di smartphone anda.
Alat ini boleh diaktifkan dengan memasukkan sim card yang sah dan seterusnya fungsi GSM itu tersebut akan menghantar sms untuk memaklumkan kedudukan sebenar motosikal anda selepas menyedari kehilangannya.

Alat ini sangat penting bagi setiap pemilik motosikal untuk meningkatkan lagi safety motosikal anda dan mencegah daripada kecurian.
Semoga tips- tips ini berguna untuk anda di luar sana.

Sumber : FB Polis Diraja Malaysia(Royal Malaysia Polis)


Tengah cari motor baru?

Cuba tanya NS One Motor. Kami merupakan dealer rasmi untuk jenama Yamaha, Honda, Modenas, SYM dan Benelli.

  • Motor kami ready stock
  • Proses loan pun laju dalam 3 hari siap approve.

Lebih 100,000 pelanggan puas hati dengan layanan kami sepanjang 20 tahun dalam bisnes. Tunggu apa lagi?

Leave a Reply

Your email address will not be published.