Motor Honda Paling Jimat Minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email
motor paling jimat minyak

1. Honda EX-5



RM3.96/100km (1.8 liter/100km)

Ia mempunyai harga yang paling berpatutan kepada semua model pilihan motor yang jimat minyak. Anda boleh menunggang lebih daripada 230 kilometer selepas isi minyak penuh. Tangki minyak yang berkapasiti 4.3 liter dan enjin 110cc dapat menggunakan hanya 1.8 liter bahan api untuk perjalanan sejauh 100 kilometer.

2. Honda Wave 125

RM3.96/100km (1.8 liter/100km)

Walaupun ia mempunyai enjin 125cc dengan suntikan bahan api SOHC, tetapi ia masih amat menjimat minyak seperti EX-5. Tambahan pula, tangki minyaknya sebesar 5.4 liter menjadikannya mampu bertahan perjalanan yang lebih jauh. Kelebihan yang kompetitif ni telah menjadikan harga jualannya tinggi sikit, iaitu RM6,704.

3. Honda Wave Dash 110

RM3.96/100km (1.8 liter/100km)

Walaupun harga model ini tidak semurah EX-5, tetapi kelebihan penjimatan minyaknya sama baik dengan yang lain. Enjin hanya ada 109cc dengan silinder tunggal udara sejuk 4 strok dan tangkinya hanya ada 4 liter. Model ni sesuai untuk pembeli yang mengutamakan rekaan dan kejimatan minyak yang tertentu.

4. Honda Wave Alpha

RM4.18/100km (1.9 liter/100km)

Model ini dikategorikan secara rasmi sebagai salah satu motosikal cekap tenaga, iaitu EEV(Energy Efficient Vehicles). Ia mempunyai enjin 125cc dan tangki minyak sebesar 3.7 liter, tetapi memerlukan 1.9 liter untuk perjalanan sejauh 100 kilometer. Oleh itu, ia hanya boleh berjalan lebih daripada 190 kilometer saja sebelum mengisi minyak lagi.

5. Honda MSX125

RM4.84/100km (2.2 liter/100km)

Motor ini dilengkapi dengan rekaan yang amat sporty dan kapasiti minyak yang sebesar 5.7 liter seperti superbike biasa. Kuasa pick-upnya amat mencukupi untuk keperluan orang ramai walaupun enjinnya hanya ada 125cc. Harganya lebih mahal daripada 4 model dalam senarai ini, iaitu RM11,128, tetapi amat berbaloi kerana ia mampu bertahan untuk perjalanan sejauh 250 kilometer selepas mengisi minyak sampai penuh.

Kevin Cheng

Kevin Cheng

Kevin joined NS One as a marketing intern who dabbles in writing all sorts of content related to motorcycling. He has a new-found interest in motorcycles while churning out research and writing contents on the latest news or recommendations. He winds down by listening to Kpop and shooting hoops with his mates.

Leave a Reply

About

NS One Motor is passionate about bringing value to riders like you. You will find the latest news and promotion on our blog. Follow and subscribe to us so you won’t miss out on any great deals from us!

 

 

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Don’t miss our latest news and promotion.

Close Menu
×
×

Cart