Motosikal 150cc Terbaik di Pasaran Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email

Motosikal 150cc merupakan trend baru-baru ini . Menurut permintaan orang ramai untuk tunggangan yang lebih berkuasa dan mampu menembusi kelajuan 120km/j ke atas, lahirlah kapcai dan skuter high performance dengan enjin bersesar 150-185cc. Berikut adalah antara model yang terbaik bagi segmen motor tersebut.

Supermoped

Yamaha Y15ZR

yamaha y15zr yellow side view

Inilah motor yang paling hangat dan ramai mahu merebut pada masa sekarang. Rekaan yang kool amat digemari oleh orang ramai. Prestasinya baik untuk penunggang yang ingin accelerate dengan cepat dan tidak mudah tergelincir. Sistem keselamatan amat lengkap kerana ia memberi rantai dan lampu LED yang sesuai apabila menunggang pada masa malam.

Honda RS150

RS150 Repsol 2018 Edition

Spec lebih kurang sama dengan Y15ZR, reka bentuknya juga cantik, cuma jenama Yamaha lebih popular kalau berbanding dengan Honda. Tetapi, gear box-nya ada 6 speed, manakala Y15ZR hanya ada 5 speed. Ini telah menjadikan ia lebih kuat apabila ingin meningkatkan kelajuan atau “menaik gunung”.

Modenas V15

Modenas V15 Black

Walaupun model ini tidak sepopular dengan model jenama lain, tetapi semua pembelinya telah memberi komen yang baik terhadapnya. Rekaannya kelihatan macam motor klasik, tidak sama dengan kapcai biasa. Banyak pembeli mengatakan bahawa kejimatan minyaknya ialah yang terbaik apabila berbanding dengan model lain. Kapcai ini masih disukai oleh orang lain di negara lain walaupun tidak sekuat dan sebesar dengan yang lain.

SYM VF3i

Oleh kerana enjinnya mempunyai 185cc, ia dapat meningkatkan kelajuan lebih cepat dan stabil. Aksesorinya juga diimport dari negara luar, jadi mutunya lebih tinggi daripada spare part hasil tempatan. Walaupun jenama SYM telah mendalami negara kita untuk 6 tahun, tetapi masih kurang diketahui oleh rakyat kerana mereka hanya suka Yamaha dan Honda saja. Sebenarnya motor SYM pun standard juga, tidak ada sebarang masalah teknikal. Tambahan pula, harganya juga lebih rendah dan berekonomi untuk pembeli yang berbajet rendah.

Benelli RFS150i

RFS150i Red

Ini motor jenama dari negara Itali, jadi semua aksesorinya diperbuat dengan bahan bermutu tinggi. Motor ini sangat sesuai untuk perjalanan jauh kerana ia mempunyai tiga spark plug dan cooler enjin yang baik. Bukan itu sahaja, saiz tayarnya yang besar menjadikan ia lebih stabil dan kejimatan minyak juga dapat pujian daripada pembelinya.

Streetbike

Yamaha R15

Ia mempunyai enjin 155cc dan gearbox 8 speed, jadi amat sesuai untuk orang yang mementingkan kelancaran laju. Walaupun enjinnya tidak sekuat superbike, tapi ia direka seperti superbike dan harganya juga amat murah. Motor ni paling cepat boleh sampai 150 km/h.


Skuter

Yamaha NVX

Enjinnya lebih kurang sama dengan kapcai biasa, iaitu 155cc, tetapi enjinnya auto start dengan menggunakan sensor chip. Apabila anda menunggangnya, rasanya macam duduk kapcai, bukan seperti skuter. Oleh kerana kuasanya kuat, penunggang boleh ride laju tanpa takut motor hilang kawalan dan seimbang sampai terjatuh.

Yamaha NMAX

Rekaannya lebih besar berbanding dengan skuter yang lain. Ini menjadikan ia lebih stabil apabila ditunggang. Walaupun prestasinya tidak sebaik seperti NVX, tetap ia masih amat praktikal dan disukai oleh golongan perempuan.

Honda Vario 150

Keistimewaannya ialah sistem kecemasannya yang lebih moden, iaitu mempunyai alarm keselamatan. Apabila ada orang lain sentuh motor anda, alarmnya akan mula berbunyi, oleh itu ia dapat mengelakkan kehilangan dan kecurian motor anda. Motor ini telah mengeluarkan edisi Repsol yang lebih cantik warnanya dan berjaya menarik perhatian peminat Repsol.

Honda PCX Hybrid

Sistem kecemasannya lebih kurang sama dengan Vario 150, cuma ia masih memerlukan kunci untuk start enjin. Rekaannya pun kelihatan sama dengan NMAX, kira skuter besar yang standard sahaja. Gear box-nya pun kira biasa kerana ia bukan model yang sesuai untuk tunggang laju.


Kevin Cheng

Kevin Cheng

Kevin joined NS One as a marketing intern who dabbles in writing all sorts of content related to motorcycling. He has a new-found interest in motorcycles while churning out research and writing contents on the latest news or recommendations. He winds down by listening to Kpop and shooting hoops with his mates.

Leave a Reply

About

NS One Motor is passionate about bringing value to riders like you. You will find the latest news and promotion on our blog. Follow and subscribe to us so you won’t miss out on any great deals from us!

 

 

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Don’t miss our latest news and promotion.

Close Menu
×
×

Cart