Tips membeli motor secara loan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email
Ramai pembeli motor baru akan mengambil pinjaman sama ada dari pihak bank atau pinjaman dari kedai motor. Kami memberi tips-tips khas untuk mereka yang berminat untuk mengambil loan supaya mereka mendapat ilmu tambahan sebelum membuat keputusan untuk membeli tunggangan baru mereka.

      Selain daripada kereta, motor juga merupakan mod pengangkutan utama bagi sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Seperti kereta juga, para pembeli amat mengutamakan reka bentuk, warna dan terutamanya harga yang dapat ditanggung dalam bajet masing-masing. Sebelum membeli tunggangan impian, semua pembeli tentu akan melanggani beberapa kedai motor untuk bandingkan harga atau melayari internet untuk mencari iklan tentang promosi terbaik di mana-mana kedai motor.

       Selepas siap “survey”, para pembeli memerlukan masa untuk membuat pertimbangan dan mencari cara yang lebih berekonomi supaya dapat menggunakan bajet masing-masing yang terhad dengan baik. Mereka akan memilih kedai motor yang dapat memberi harga yang paling rendah dan berreputasi tinggi.

Persamaan antara loan kereta dan motor

       Tidak kira loan kereta atau loan motor, terdapat persamaan antara mereka kerana pemiutang perlu dokumen kewangan daripada peminjam supaya dapat membuat pemeriksaan dari segi latar belakang dan sebelum memberi pinjaman, seperti penyataan bank dan slip gaji. Biasanya, pemiutang akan menyemak maklumat peminjam sama ada masih berhutang dengan pihak bank dan kepantasan menjelaskan hutang kredit.

       Oleh kerana menunggang motor lebih berbahaya berbanding dengan memandu kereta, pihak pemiutang loan motor akan menanggung risiko yang lebih tinggi kerana mereka mungkin akan mengalami kerugian apabila peminjam berlaku apa-apa kemalangan. Oleh itu, loan motor biasanya susah untuk lulus kerana peminjam perlu mempunyai rekod bayaran yang “cantik” iaitu dengan membayar secara konsisten dan tepat pada masanya.

Perbandingan untuk loan motor yang terjimat

      Peminjam tidak boleh mengharap untuk mendapat pengiraan harga yang terbaik. Kebanyakan kedai motor boleh memberi pinjaman loan untuk pembeli, tetapi mereka tidak tentu akan memberi faedah yang rendah kerana mereka perlu menanggung kerugian apabila peminjam tidak melangsaikan hutang dalam masa. Walaupun begitu, mereka-lah yang paling sudi untuk membuat perniagaan dengan anda.

       Selain itu, pengeluar motor turut boleh membeli pinjaman loan kepada para pembeli. Mereka sering mengadakan program loan penuh sebagai suatu cara promosi untuk menjual motor model baru dan motor yang mengalami jualan perlahan. Pada masa sekarang kurang dapat melihat kedai motor yang mempunyai talian dengan pengeluar motor yang boleh memberi program loan istimewa.

       Bukan itu sahaja, pembeli juga boleh pergi ke bank tempatan untuk mencari loan yang baik. Pihak bank sentiasa dapat memberi faedah yang rendah dan terma yang diberi juga lebih baik daripada yang lain.

       Yang pentingnya, para pembeli wajib memeriksa segala terma dan syarat dalam agreement yang diberi oleh pihak pemiutang.

Perkara dielakkan apabila membeli motor

       Kadang-kala, ada pihak pinjaman loan akan meminta cagaran daripada anda seperti rumah sebagai jaminan. Anda perlu fikir masak-masak kerana ia amat berisiko apabila mencagar rumah demi sebuah motor baru.

       Kes kedua, jangan membeli motor menggunakan kad kredit. Pembelian motor melalui kad kredit senang diluluskan kerana had pembelanjaan kad kredit cukup tinggi dan tiada sebarang pemeriksaan pembelanjaan. Dan apabila anda terlupa atau terlewat membayar hutang bulanan, dendaan dan faedah yang tinggi akan menyebabkan anda rugi berganda-ganda.

       Oleh itu, apabila anda mengambil keputusan untuk membeli motor baru, patutlah menjaga tunggangan anda betul-betul seperti barang berharga lain, iaitu kereta dan rumah. Ingat, untuk kebaikan para pembeli, anda semua hanya boleh membeli motor atau benda yang mahal apabila mempunyai wang yang mencukupi.

Berfikir sama ada mampu tanggung

       Paling penting, tak kira betapa kilau kecantikan sebuah motor, jangan terasyik mahu beli selainkan anda mampu. Motor hanya sejenis barang kemahuan saja, bukan pun sejenis barang keperluan, selainkan motor ialah pengangkutan utama untuk kehidupan anda. Anda harus sentiasa memastikan faedah bulanan, deposit dan bayaran bulanan mampu dibayar dalam masa hingga tidak perlu risau akan masalah kewangan yang mungkin berlaku pada masa depan.

       Semoga anda dapat menunggang motor idaman tanpa sebarang kerisauan pada masa hadapan.

Kevin Cheng

Kevin Cheng

Kevin joined NS One as a marketing intern who dabbles in writing all sorts of content related to motorcycling. He has a new-found interest in motorcycles while churning out research and writing contents on the latest news or recommendations. He winds down by listening to Kpop and shooting hoops with his mates.

Leave a Reply

About

NS One Motor is passionate about bringing value to riders like you. You will find the latest news and promotion on our blog. Follow and subscribe to us so you won’t miss out on any great deals from us!

 

 

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Don’t miss our latest news and promotion.

Close Menu
×
×

Cart