Motor Murah Klang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on linkedin
Share on email
Inginkah anda memiliki motor murah tak perlu bagi deposit tetapi ada spec baik? Terus baca untuk mendapat informasi yang selanjutnya daripada kami!
Brochure E-Bonus 110

ANDA tentu berminat apabila mendengar perkataan “Free gift” dan “Motor Zero Deposit”, setuju tak? Namun, kebanyakan model motor berjenama tidak dapat dibeli dengan harga yang rendah kerana spec-nya yang baik perlu kos yang tinggi untuk menghasilkan. Demi memenuhi permintaan para penunggang, semua pengeluar motor telah cuba untuk mereka sebuah motor yang bermutu dan mampu dimilik oleh setiap pembeli motor dalam pasaran.

Semasa memilih tunggangan, kebanyakan penunggang lebih mementingkan ketampilan reka bentuk, tahap kehausan minyak dan paling utama, “MAMPUkah aku menanggung wang deposit dan bulanan selepas kubeli motor ni?”. Tak kira bekerja di kampung atau desa, motosikal merupakan suatu pengangkutan paling sesuai untuk digunakan. Ini kerana kita menjimatkan masa, kos harian dan tenaga berbanding dengan memandu kereta. Contohnya, motosikal dapat melepasi kesesakan lalu lintas dan mencari tempat parkir dengan senang atas saiznya yang kecil dan ringan.

Rupa-rupanya, sudah ada beberapa model motor yang murah dan bergaya mula dijual di pasaran, tetapi masih tidak diketahui oleh banyak peminat motor.


1. Honda Wave Alpha

Honda Wave Alpha: Ia mempunyai enjin yang amat sesuai untuk penunggang yang hanya datang balik dalam jarak tak jauh dan dilengkapi dengan 6.14 Kw / 7500 rpm untuk kuasa maksimumnya. Honda amat kurang mengeluar motor kapcai yang murah di pasaran. Ini telah menjadikan model Wave Alpha ni mendapat sambutan hangat daripada pembeli yang berbajet rendah.

2. SYM E-Bonus 110

SYM EBonus 110: Enjin kecil yang hanya ada 110cc dan segi kejimatan minyak yang baik, telah menjadikan model ini sangat sesuai untuk penunggang baru atau kegunaan harian, seperti pelajar atau ibu-ibu yang pergi ke pasar dekat. Harga rendah dan specnya sesuai untuk semua pembeli baru yang belum berpendapatan tinggi.

3. SYM Jet Power 125

SYM Jet Power 125: Corak rekaannya yang nampak seperti petir atau api tu amat bergaya dan digemari oleh golongan remaja kebelakangan ini. Pertukaran kelajuan automatik tu ialah satu spec yang selamat dan mudah untuk penunggang baru. Banyak jenis warnanya boleh dipilih untuk memenuhi kesukaan pembeli.

4. SYM Sport Rider 125i

SYM Sport Rider 125i: Walaupun enjinnya tidak setinggi sportbike yang lain, tetapi prestasinya amat memuaskan. Tambahan pula, rekaannya amat mirip dengan sportbike yang benar. Bukan itu sahaja, motor ni juga sangat menjimat bahan api dan praktikal apabila ditunggang. Ia mampu memberi pengalaman seperti menunggang sportbike untuk penunggang baru yang tidak ada bajet tinggi.

5. Modenas Kriss MR1/ MR2

Modenas Kriss MR1/ MR2: MR dikenali sebagai “Motosikal Rakyat”, memang bagus nama ni. Ini salah satu kapcai yang standard, walaupun kedua-dua model ni hanya mempunyai enjin 100-110cc, tetapi ciri-cirinya telah diubah menjadi mutu tinggi. Aspek keselamatan model ni juga baik berbanding dengan model jenama lain. Harganya yang ekonomi bersamaan dengan reka bentuk yang segar sesuai untuk para  penunggang biasa.

Kevin Cheng

Kevin Cheng

Kevin joined NS One as a marketing intern who dabbles in writing all sorts of content related to motorcycling. He has a new-found interest in motorcycles while churning out research and writing contents on the latest news or recommendations. He winds down by listening to Kpop and shooting hoops with his mates.

Leave a Reply

About

NS One Motor is passionate about bringing value to riders like you. You will find the latest news and promotion on our blog. Follow and subscribe to us so you won’t miss out on any great deals from us!

 

 

Recent Posts

Follow Us

Sign up for our Newsletter

Don’t miss our latest news and promotion.

Close Menu
×
×

Cart